The Memories of Me....

The Memories of Me....
WeLcOmE t0 mY bLoG...harap sume enjoy baca blog ni dan jangan lupa follow ye!!

Friday 15 June 2012

Ekspresi 03



            Ekspresi 03 merupakan sebuah produksi akhir bagi pelajar-pelajar Pergerakan Kreatif Teater dan Lakon Awalan yang bertujuan mengekspreskan mesej-mesej tertentu yang mampu memberi pengajaran yang baik kepada para penonton. Ekspresi 03 ini banyak menekankan konflik-konflik yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Antara konflik yang cuba diketengahkan adalah berkaitan dengan konflik seorang keluarga, masyarakat,  persahabatan dan cinta. Konflik-konflik seperti ini seringkali berlaku dalam masyarakat hari ini. Oleh itu, Ekspresi 03 mampu memberi gambaran sepenuhnya berkenaan konflik-konflik tersebut.
            Di dalam Ekspresi 03 ini, pelbagai elemen telah digabungkan di dalam satu persembahan yang mampu mengekspresikan pengalaman dan perasaan di dalam setiap karya. Elemen yang digunakan dalam membentuk produksi ini termasuklah teknik lakonan monolog dan gerak kreatif dengan lontaran vokal yang mampu menyentuh setiap penonton dengan mesej yang tesendiri. Elemen gerak kreatif yang dilakukan telah diatur oleh pensyarah iaitu En. Nor Shuradi dan dibantu oleh pelajar praktikal dari UMS yang telah memasukkan dan mengaplikasikan semua teori gerak kreatif dalam koreografi beliau. Teori tersebut termasuklah Laban Analysis Movement, teori kecerdasan dan teori berkenaan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
          Karya yang telah dipersembahkan di dalam Ekspresi 03 ini bermula dengan drama “3 Dara Terbang Ke Bulan” yang mengisahkan konflik tiga sahabat yang sejak kecil terpisah akibat masalah di dalam keluarga masing yang menyebabkan dua orang kawan yang telah meninggal dunia kembali untuk melawat kawan mereka yang sedang sakit di pagi hari raya. Kisah menyayat hati ini banyak dilakonkan dengan menggunakan teknik yang terdapat dalam teori lakonan Stanislavsky seperti memory recall dan konsentrasi dan tumpuan kerana drama ini banyak menggunakan permainan emosi dalam menghidupkan watak. Karya diteruskan lagi dengan monolog “Mat Derih Bachok” yang mengisahkan konflik berkenaan seorang anak yang ingin mencari bapanya sebaliknya telah memasuki jalan hitam yang menjadikan dia seorang ketua samseng yang akhirnya telah membunuh ayahnya sendiri tanpa disedari kerana seorang wanita. Itu sahaja yang pementasan yang berlaku pada hari pertama.
Pada hari kedua pula, pementasan diteruskan dengan persembahan gerak kreatif sebagai selingan seperti hari pertama. Pementasan teater diteruskan dengan karya yang ketiga pula merupakan sebuah monodrama bertajuk “Kampung Chetek”yang mengisahkan kehidupan Dah yang membunuh anaknya sendiri akibat tekanan-tekanan yang diberikan oleh keluarga dan masyarakat di sekelilingnya di dalam kampung tersebut. Seterusnya , karya monolog “Laut Lebih Indah Dari Bulan” yang juga mengisahkan seorang isteri yang baik dan tidak sanggup berbuat kejahatan walaupun mendapat tekanan daripada kelakuan suaminya. Diteruskan pula monolog “Aku Nak Jadi Bintang” yang mengisahkan kejahilan seorang wanita jahil yang mahu menjadi seorang bintang yang akhir ditipu sehingga tergadai maruah dan kehormatan sehingga akhirnya terbunuh dalam mengejar cita-citanya. Kemudian, pementasan Ekspresi 03 diteruskan dengan monodrama “Mat Derih Kola Perlih”. Cerita ini mempunyai jalan cerita yang sama seperti “Mat Derih Bachok”. Perbezaan kedua-dua cerita ini adalah dari segi bahasa dialek sahaja. Akhir sekali, dipentaskan pula drama “3 Dara Terbang Ke Bulan” tetapi digantikan dengan pelakon yang lain yang memegang watak Salmiah. Jalan ceritanya masih sama seperti hari sebelumnya.
Bagi melakonkan watak yang terdapat dalam cerita-cerita yang dipentaskan melalui Ekspresi 03 ini, pelakon banyak menggunakan kemahiran dan teknik oleh teori lakonan Stanislavsky. Teori yang dikemukakan oleh Stanislavsky ini lebih jelas dalam membantu pelakon meningkatkan mutu lakonan mereka. Teori yang memperkenalkan 4 tahap lakonan ini membolehkan pelakon menetapkan usaha untuk mencapai tahap lakonan yang ingin dicapai. Kemudian, terdapat juga 7 teknik lakonan yang ditekan oleh Stanislavsky yang memberi kemudahan kepada pelakon untuk mengaplikasikan di dalam lakonan dalam menyampaikan watak dengan baik. Kesemua teknik itu termasuklah Magic If, Imaginasi, Given Circumstances, konsentrasi tumpuan, hubungan emosi dan spiritual, adaptasi dan memori emosional. Teknik teknik tersebut sangat membantu dalam menghasilkan lakonan yang baik oleh semua pelakon dengan bimbingan oleh pensyarah dan pengarah.
Ekspresi 03 melabuhkan tirai setelah kesemua persembahan selamat dipentaskan. Dengan dinilai oleh pensyarah, pelajar telah melaksanakan dan menyelesaikan tanggungjawab mereka bagi subjek Seni Lakon Awalan dan Pergerakan Kreatif Teater.












Saturday 26 May 2012

Angah sakit!! Thinking of him so much!!

Assalamualaikum...
baru ni, faiz dapat tau adik angkat faiz yang paling rapat ngan faiz sakit...demam....tp faiz xrasa benda tu sikit walaupun tu just sakit biasa...faiz dapat tau ni dari awek angah sendiri, a.k.a. bakal adik ipar faiz jugak la...dia yg citerr.....dia terlalu risau kat angah....sampai nangis...tp tu bukan persoalannye....faiz yg dapat tau ni lg la terasa...sbb faiz pun tgh menghadapi situasi yg sama....faiz sakit dada lepas merokok time berlakon....biasa la, faiz kan ada jantung berlubang...ok.....berbalik pada citer angah td...yasmin cakap, angah tgh sengkak dada time dia tgh on call ngan angah....means situasi yg sama jadi kat faiz skrg....faiz rasa ape yg dia rasa....selain demam, angah pun ada selsema, batuk, sakit dada, pening n sakit teka....faiz tkut sgt pape jadi kat dia....sbb smalam faiz call dia tp dia x angkat n dia anta balik msg kata dia xnak angkat sbb dia xde suara nak cakap...mmg faiz risau.....tp at least faiz lega sbb angah gtau faiz keadaan dia...awal nye je faiz terkilan skit sbb dia x gtau faiz yg dia sakit....katanye dia xnak buat faiz risau sbb faiz pun dok study kan....tp walaupun camtu faiz nak jugak tau ape jadi kat dia...mmg faiz risau....tp atleast bila dia gtau, faiz bleh doakan yg terbaik utk dia....

tambah lg satu masalah bila faiz dapat tau angah nak kena wat pementasan drama utk briged bestari....time tu faiz sgt risau sbb nye....bukan senang nak berlakon dlm keadaan sakit camtu..nak project voice lg....expression lg....body language lg....byk...even faiz pun sebelum ni bleh collapse atas pentas...tu yg faiz takutkan....angah dah la xde suara.....camna nak project? sbb tu faiz decide nak balik jugak kedah hujung minggu depan lepas siapkan sume assgnment...faiz sentiasa doakan angah xpape....walaupun dia just adik angkat faiz....tp dorg cam adik kandung faiz sendiri....faiz sgt amik berat sal dia....smoga angah cepat sembuh...bleh berlakon balik....amin....tu je la utk kali ni....faiz just nak gtau ape yg faiz rasa time ni.....faiz xmampu nak cerita dgn mulut....so, faiz tulis je....

smoga angah cepat sembuh dan tersenyum camni lg....angah, abg sayangkan angah...walaupun bukan adik kandung abg, tp bg abg, angah sebahagian dari keluarga abg...angah la yg terbaik...

Sunday 29 April 2012

Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia, UniSZA, Terengganu...

Assalamualaikum WBT....

ari ni faiz sebenarnya baru balik dari Terengganu.....so, ade la citer yang best pasal peristiwa kat sana...
hehehe....sebenarnya, faiz g sana sebab faiz join kejohanan sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) siri 3 di UniSZA, Terengganu...bagi acara Taekwondo....ni sebenarnya game terakhir faiz untuk semester ni....sbb faiz dah xleh lagi nak ponteng kelas.....so, nak xnak faiz kena juga join....walaupun bekas patah tgn ari xsembuh lagi....
tp kat sana....best tau.....macam2 yang jadi....kitorang cuba nak buktikan walaupun tanpa player korea, UPSI still hebat....hasilnya, kitorg xbawa player korea....n kitorg kekalkan tempat ke-3 dgn kutipan pingat 3 emas, 4 perak, 6 gangsa.....faiz pulak....1 pingat pun xkutip....huhuhu.....cuma menang skali je lawan tuan rumah....lepas je g suku akhir jmpa UKM, faiz kalah dengan mata 18-14....xtau la knape kaki ni xnak naik....jadi berat camna ntah.....tp still best....
kat kejohanan kali ni, kitorg xnak UPM menang sbb dorg slalu tempat pertama dengan mostly, fighter MALAYSIA yg main utk UPM....so, UPSI dapat sokongan padu dari team lain....especially UiTM....fuuhhhh!! mmg power la...sorakan UPSi saja gegarkan dewan.....tambah2 time final.....kali faiz btul2 bangga jadi pelajar UPSI.....walaupun kadang2 byk masalah.....tp sukan UPSI, especially Taekwondo, still hebat....smpai semua universiti lain pandang n gentar bila jmpa ngan UPSI.....mmg best....rugby pulak dapat pingat perak....so, yg paling membanggakan, taekwondo adalah antara penyumbang pingat terbanyak untuk UPSI...at the same time, 4 of my friend got to be chosen to play taekwondo in Asian University Game that going to be held in Laos....they will play as Malaysian University player....tp dorg masih kena g selection....walaupun faiz x dpt....sbb ramai lagi yg lebih hebat...tp faiz bangga ngan dorg....
ok la....tu je kot pengalaman faiz kat sana....yg paling penting, faiz xpenah lupakan Angah, Awang, Haikal, Shuko, Amin Irfan, Alip Aiman, Aiman, Rezha n Annis Farhan....faiz pun beli souvenir untuk dorg.....especially Angah n Awang....everytime faiz update kat dorg sal game....well, adik kesayangan kan....my Shuhaida pun update gak....3 msg yg sama faiz 4ward kat sume org....hehehe....tp faiz xdpt nak update slalu, sbb everytime faiz pegang fon je, org kata faiz men facebook....padahal, not all the time....nak msg ibu pun dorg kata faiz men facebook....kalo xtau ape jadi, jgn la tuduh sembarangan....wat org hilang fokus....bila kalah, mula la nak salahkan org....kena la jaga mental org yg ada game....bg dorg enjoy...baru la btul....that how it's work....biar je la....benda dah lepas.....ok la....bye.....

gambar team Taekwondo UPSI....

tgh warming up....main2 ek....tepi pantai

ready to jog....

joging tepi pantai...

training time....

training...

training.....punya nak menang....huhuh

sebelum first game....hehehe....style x?
dengan Faiz Ishak....pemenang pingat emas bg UPSI...

tgh cari Souvenir utk angah n awang...bersama Yeji Hong kawan faiz dari Korea...

bas bentuk rumah....huhuhu...

kawan faiz dari korea....best...

kawan2 faiz....jalan sebelum balik perak...

guess what?? hehe...terjumpa dato' aziz satar....hehehe....teruja giler...

Thursday 19 April 2012

2 permata baru dalam hidupku

Assalamualaikum kawan2 bloggers.....

hari ni faiz ada satu perasaan yang susah nak buang....ape tu? RINDU....
sume nye berlaku bila cuti ari tu baru ni....kalo sebelum ni faiz citer pasal masa cuti faiz, skrg faiz nak citer pasal orang yang faiz rasa selamat, bahagia dan happy je bila ada ngan dorg...dorg ni la yang buat faiz rasa cam xnak balik universiti....BECAUSE THEY MEANS A LOT TO ME.....xtau knape...tp yang pastinya dorg faiz anggap cam adik faiz sendiri...walaupun cuma adik angkat tp dorg ni lain....2 orang yang mampu buat faiz nangis bila ada jauh dari dorg...2 orang ni jugak la tempat faiz mengadu semua kisah suka dan duka faiz...2 orang ni faiz panggil Awang dan Angah...

knape Awang dan Angah?
masa faiz masa umur faiz 18 belas tahun (sekarang 22 thun), faiz mula kenal awang. masa tu, kami dikenalkan oleh sorg budak nama Aiman....aiman ni kawan baik adik faiz...1 ari tu, faiz nak bawa budak2 tu g pantai. time faiz ada ajak aiman teman faris skali mandi pantai...aiman pulak ajak awang...time tu la baru kenal...tp faiz xde la rapat ngan awang masa tu...lepas dari tu baru la faiz kenal awang...budak yang manja ngan faiz...masa tu awang baru darjah 3...kecik lagi... tp sbb dia xde abg, dia slalu la datang umah faiz ajak faiz main macam2 permainan...kadang tu, dia dtg main game kat laptop faiz je...tp ape yg menarik nye, faiz still xrapat ngan dia...dulu nye faiz xbrape suka sgt ngan awang ni....sbb dia kuat nangis...ketuk skit nangis...fuhh....susah nak pujuk...tp lepas kenal lama...manja2 awang pun, dia xpenah mengadu kat faiz kalo dia tgh ada masalah....tabah kan?? simpan je sorg2...tiba2 nmpak dia nangis....faiz jugak la kena pujuk....tp xpe....pujuk je pun....tp bila dalam pujuk tu, kitorg jadi rapat....setiap kali faiz g mana2 pun mesti bawa dia...sampai la faiz jmpa kawan2 baru...n tiba2 awang pun ada buat perangai xbaik bila umur dia meningkat ke darjah 6...time faiz jadi geram n xsuka sgt ngan dia....faiz buat macam2 kat dia....termasuk la buat xlayan dia langsung...tp dia bukan jenis mudah putus asa...dia tetap tunggu faiz....walaupun dia tau yang faiz tgh marah kat dia...dia sabar...dia pun anggap faiz macam abg dia...n dia xterima pun kalo ada org lain nak jadi abg angkat dia...cuma kalo kakak je dia terima....tambah2 yang cantik...lg la...standard la...dia laki kan...tp bila faiz cakap ape pun dia xpenah bantah....dia ikut je...dia xsuka pun dia ikut...smpai skrg ni dia dah pun tingkatan 1....ape yang buat faiz sayang kat dia bila dia sendiri sanggup xmakan semata-mata nak kumpul duit beli hadiah utk birthday faiz....terharu sgt...dia ketepikan topup utk msg awek dia ke sbb nak beli hadiah kat faiz...masa cuti baru ni....faiz slalu je lepak kat umah dia kalo boring...amik gambar....macam2 gaya ada...sronok pulak bergambar....sampai 58 keping gambar amik sekali g...tp dia mmg terbaik la...dia sentiasa ceria ngan faiz....best....tu la salah satu permata dalam hidup faiz...












permata yg kedua bagi faiz adalah angah....atau nama betul dia Shahrizal...angah ni paling baru faiz kenal....ada something yg special pasal dia....faiz kenal n penah jumpa dia masa minggu pertama faiz patah tangan dulu....timee tu kat padang....tp kami xde la rapat sgt time tu...kami pun slalu sembang kat fb je....start rapat pun time angah bergaduh ngan kawan baik dia alip aiman a.k.a. salah sorg budak kampung faiz yang baik jugak ngan faiz...sampai masa faiz nak cuba selesaikan masalah tu, faiz pulak yang kena maki ngan alip...terkejut faiz....faiz cakap je la kat angah sabar ngan alip...jgn pikir sgt ape yg alip dah buat...then, keadaan tu redha sendiri....faiz pun buat la angah jd adik angkat untuk ubat hati faiz yg terkejut kena maki ngan alip...sejak tu kami mula rapat...balik cuti baru ni jugak....faiz mmg slalu abiskan masa kat umah awang....tp bila kul 5 je faiz akan g umah haikal ngan angah....aiman...edo...annis...main futsal la kat sana...kat umah haikal pun mmg leh nmpak la faiz mesra ngan angah...sampai izzat pun tegur...kata kami dah cam belangkas.....huhuhu....susah tul...
kami btul2 rapat bila faiz bawa angah g training taekwondo kat MRSM Pendang....bukan training je...kejohanan skali...naik moto g sana....mulanya nak ajak awang je....tp abah dia cam susah sgt nak lepas dia...faiz pun bawa je la angah...kat sana kami xpenah berpisah walaupun kejap selama 3 ari kat pendang...mana ada faiz, ada je angah...sampai jurulatih taekwondo faiz tu dah jeles dah ngan faiz...besa la...dia kan anak bongsu....slalu teringin nak ada adik....bila faiz bawa angah jmpa dia, dia pulak jeles...kat sana, faiz bawa angah jalan merata la...bawa g umah awek faiz....bawa g tgk life dalam MRSM....makan sama2, tido sama2....sampai faiz tgh ajar taekwondo kat MRSM pun dia yg tolong faiz...angkat barang la....tu yg buat kami makin ada chemistry...yg pasti lepas balik dari pendang tu...angah retak tgn dia sbb jatuh moto...faiz buka n betulkan bandage yang tokwan angah balut....sapu ubat n macam2 la....angah pulak slalu ja ada kat umah....ibu faiz pun angah panggil "ibu"...tu yg buatkan faiz rasa dia macam family faiz...paling sedih sekali masa faiz nak balik Perak naik keretapi....angah peluk faiz n nangis sbb nak berpisah ngan faiz...sepanjang ari terakhir tu, kami g jalan pusing kampung 2 org je...semata-mata xnak membazirkan hari terakhir....mmg sedih....faiz pun sebak sampai terkeluar jugak la air mata ni...nangis bila nak tinggalkan angah n awang....serius....walaupun skrg ni faiz dah ada kat upsi, faiz xpenah berhenti teringatkan Awang n Angah...
pada faiz, dorg ni la adik angkat faiz yang paling baik n rapat ngan faiz....faiz sgt sayangkan dorg...




































tu je la kot citer pasal Awang n Angah...sori kalo xbest...faiz citer ni pun sbb teringatkan dorg...bila setiap kali teringatkan dorg, faiz mampu tersenyum...huhuhu....that's why my life is all about smile...
k la.....nnti faiz citer lg kalo ada citer menarik....bye sume....

bergambar bersama awang n angah....



life is all about smile!!